Thursday, February 3, 2011

Hamonim ! [tatabhsa]

Damping :- dekat; rapat, karib, dekat (berkenaan dengan hubungan persahabatan atau persaudaraan)

Ayat contoh.
1. "Kendatipun suami saya berada di luar negara atas urusan kerja tetapi beliau tetap damping di hati kami sekeluarga," ujar Puan Faizah.

2. Persahabatan anatara Zahiran, Osman dan Kadir kian damping semenjak mereka bertiga berkelah di Bukit Bintagor tempoh hari.

3. Hubungan Hazim dan adiknya, Hayani amat damping kerana mereka berdua dilahirkan pada tahun yang sama.




Damping :- berpencak beramai-ramai untuk membuat satu lingkungan disertai nyanyian.

Damping :- (amalan) seseorang menjual barang ( biasanya dengan banyaknya) dengan harga yang jauh lebih murah di negeri orang dari pada negeri sendiri, lambakan.

Ayat contoh.
1. Beberapa orang Ahli Persatuan Silat Gayung 1Malaysia sedang membuat damping di gelanggang silat Pengiran Haji Musa.

2. Kelihatan beberapa orang pengunjung begitu ralik mengerumuni damping pakaian dan kasut lama di Pasar Malam Kampung Jenarik.

3. Encik Mazlan dan isterinya, Puan Maznah amat seronok dengan aktiviti damping barangan antik dari luar negara yang diusahakan mereka berdua di Pasar Seni Kuala Lumpur.




No comments:

Post a Comment